Selamat datang ke Ceeka House!!!!



Friday 4 December 2015

Coretan Hujung Tahun..

Dah berhabuk dah blog ni, lama tak bukak disebabkan kekangan masa. Secara jujurnya walaupun tak tahu siapa yang baca blog ni walaupun sepintas lalu, tapi terasa nak tulis jugak hari ni berjela-jela luah perasaan. Hmm..

Akhirnya aku dah ada pengganti Deeba.. tunggu masa nak lahir je ni.. Sekali sekala nak pot pet sorang-sorang macam ni, lega jugak rupanya.. Dalam keadaan sekarang ni, macam-macam cabaran yang terpaksa aku tempuhi untuk nak berjuang melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi Allah ni.. Banyakkk cabarannya..

Kadang-kadang terasa macam nak tulis novel tentang kehidupan aku dan suami, yang mendatangkan pelbagai emosi dalam hidup kami ni. Yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. Ujian demi ujian.. yang mendatangkan kesan emosi yang amat dahsyat pada diri aku ni sebagai seorang anak, isteri, menantu dan ibu..  Even masa menaip panjang lebar ni pun, aku terasa macam kembali kat memori zaman dulu.. Terasa macam sebak..

Hmm.. Buat masa sekarang, tempahan semua dibekukan sementara, disebabkan mesin printer yang tiba-tiba merajuk tak tentu hala.. kejap ok kejap tak.. Semoga awal tahun depan, segalanya dipermudahkan.. Urusan aku dan suami.. urusan keluarga, emak dan adik-adik.. urusan bersalinkan anak no dua ni.. urusan membesarkan adik Deeba..

Deeba dah ada adik.. semoga anak ibu ni membesar sihat kat dalam perut ibu ni.. Percayalah.. ibu sanggup buat apa je untuk anak ibu ni.. walaupun terpaksa berkorban nyawa ibu ni untuk adik.. Ibu cuma nak adik jaga diri elok-elok.. Membesar dengan baik.. Mana tau anak ibu ni dah besar nanti boleh jadi pengganti ibu..jadi usahawan cemerlang dunia akhirat..

Semoga apa yang ibu tulis ni,adik akan baca.. walaupun ibu tak tau, kakak adik boleh baca ke tak apa yang ibu tulis ni kat atas sana.. Kakak sekarang tengah sibuk dengar Nabi Ibrahim bercerita.. sibuk dengan kawan-kawan kat atas sana.. semoga anak ibu Adeeba Safiya, takkan lupakan ibu ye.. Hmm.. sebak plak.. To be continued....

Ibu Deeba,
05 / 12 / 2015
01 : 15 pm
( Ofis Ayah ) - Ibu teman ayah keje hari ni.. jadi PA.. huhuhu..

 

No comments: